Monday 31 October 2011

Beberapa penjelasan Loghat Sabah..

 Assalamualaikum...

Nota : bahasa sabah yang saya kongsi di setiap entry itu di kategorikan sebagai bahasa "pasar" tidak tahu lah kenapa di kategorikan bahasa pasar aku pun tidak tahu , kalau mahu tahu silalah rujuk kepada yang pakar berbahasa oke ...

BM Sabah : Oi ! abislah bah kalau diurang bgitu..

BM Semenanjung : Oit , Abislah kalau mereka begitu..

Penjelasan :
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu Piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
  • Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Ia boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dahulu.
Ia juga memberi maksud sudah, atau penamat kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
  • Bah. - Baiklah
Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.
BM Sabah : Siapa bah yang kau cakap ini ?

BM Semenanjung : Siapakah yang awak cakapkan ini ?

Penjelasan : "Siapa bah yang kau cakap ini" sama dengan ayat "Siapakah yang awak cakapkan ini" , tetapi di sabah kalau kamu menggunakan ayat "BAH" itu menunjukkan yang kamu bersungguh sungguh ingin tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan...

BM Sabah : Saya baitu...

BM Semenanjung : Sayalah itu...

Penjelasan : perkataan "BAH" disatukan dengan perkataan "ITU" menjadi "BAITU"  . perkataan "BA" (tnpa huruf H) itu sama erti dengan perkataan "LAH" . bunyi sebutan "BAITU" lebih digemari kerana senang atau mudah di tuturkan....

BM Sabah : Ya bah kan..

BM Semenanjung : Oh, Begitu...

Apabila seseorang itu mendengar penjelasaan dari seseorang , yang pada mulanya ada kurang pasti pada kebenarannya , anda akan mngatakan "ya bah kan" , sebagai tanda anda bersetuju dengan penjelasan tersebut dan baru memahami apa yang terjadi...

Ini entry untuk pnjelasaan untuk Loghat Sabah.... seperti entry2 sblumnya hari ini ada dua lagi ayat yang sya mahu kongsi dgan kamu...

1) buyuk - tipu (digunakan apabila seseorang bermain permainan secara menipu) contoh : buyuk bah ko ni! - main tipu lah awak ni!

2) uina - Digunakan apabila marah pada seseorang (contoh: uina! bagus-bagus ko situ ar!)

Sunday 30 October 2011

Teman lama..

Assalamualaikum  , hari ini di sekolah banyak belajar benda baru ndak sudah dapat dinyatakan apa jak , yang penting banyaklah... hari ini ndak da buat apa , mngumpat2 jak ...hahahah tedalahh main2 jak... hari ini ada buku baru sampai dari SMK BUGAYA II , buku2 subjek fav pulak tu..hehehe tapi itu ndaklah pnting sangat yang penting hari ini ialah aku berjumpa seseorang yang sudah berabad aku cari dan orang itu ialah MOHD FARHAN MOHD AMIN , tapi alhamdulillah lah tidak sombong tu orang walaupun dulu2 masa kecik pernah buli2 dy hahaha... ndak pah aku rasa dia lupa sudah pun , alah kalau ingat pun  bukan pnting kesah lama jugak kan??? BTW , minta2 maaf kalau kau terbaca entry ku yang ada tercatat nama mu..hehehe saja2...so hari ini ada dua ayat sabah yang aku mahu kongsi antranya ialah :

Pilak - pilak = orang yang tidak terurus..

Bilang = cakap , berbicara sesuatu...

Saturday 29 October 2011

Ayat sabah untuk kamu..

Assalamualaikum... hari ini aku nak tulis entry pasal ayat sabah lah yang aku tahu , acctually aku ni orang sabah bah.. haahha untuk mngelak dari korang di buli oleh budak sabah hari ini aku pun mahu jugak lah kongsi bahasa sabah sama kamu yang bukan orang sabah lah... tapi boleh jugak bah kalau orang sabah yang sesat2 sikit tu mahu belajar sabah balik...cikgu cakap kalau mahu buat karangan mesti ada tujuan , biasanya kalau aku mahu buat karangan tujuannya adalah "Cikgu Suruh" kalau bukan cikgu suruh mana aku mahu buat hahaha... pemalas bah aku ini , apa boleh buat jadi diri sendiri lagi bagus dari pada jadi diri orang lain , so hari ini aku ada dua ayat mahu kongsi ayat pertama dan kedua itu adalah :

Limpas bah means , Tumpang lalu .

Mengolok means , Mengejek @ memperli .


thanx thats all lah untuk hari ini nanti kan ayat sabah yg baharu di entry yang seterusnya...

Friday 28 October 2011

Budak baru...

Assalamualaikum....hi ! aku budak baru di blog ini.. hahaha mana salah tolong tunjuk kan... tujuan blog ini aku bina , hanya lah untuk mengisi masa lapang yang membosankan... daripada membuat sesuatu perkara yang kurang elok , lagi baik buka blogger !!! stuju tak??? blog aku ni hanya post benda2 yang terlintas di dalam otak ku... dan semua nya tentang diri aku dan kawan-kawan di sekeliling ku tiada kena mengena dengan yang telah pergi.... aku sangat sukakan kawan baru dan blogger2 yang peramah... so kalau suka dengan blog aku yang tidaklah seberapa ini , follow okey?? tapi kalau tidak mahu follow pun tidak apa bah , tidak jugak di paksa jangan risau ... risau kenalah enjoy , kalau tidak enjoy tidak cerialah... hahaha

Mukaddimah..

Salam ,
saya tuan punya blog yang bernama Umi Kalsum, yang berusia 15 tahun .. dan menuntut di sekolah SMK KABOGAN II , dan sedang menunggu keputusan PMR untuk melanjutkan pelaran ke tingkatan 4... Tuan punya blog mempunyai 7 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu , tujuan tuan punya blog membuka blogger ini untuk berkongsi cerita bersama sama blogger yang lain.. Sebelum ini tuan punya blogger pernah membuka blog dan ini kali ke 3 tuan blog membuka blogger dek kerana tuan blogger terlupa p.word dan email blog , blog yang lama.. hahaha , sampai di sini entry untuk kali ini.. laen kali tuan blog bercerita lagi..